Beauty is cultural

Cantik di Korea (Beauty is cultural)

Pengertian cantik di Malaysia diukur dengan raut wajah, petuturan, penampilan dan adab wanita tersebut. Tetapi berlainan dengan negara lain. Sebagai contoh korea.

Wanita korea sangat menjaga penampilan mereka, Kebanyakkannya sangat taksub kepada kecantikkan hingga sanggup menabung untuk pembedahan plastik. Ini sudah menjadi kebiasaan disana. Cantik menjadi kayu pengukur kejayaan dimana orang yang cantik atau kacak lebih mudah mencari pekerjaan dan pasangan hidup. Budaya yang tidak sihat ini sangat menular di sana di mana remaja sekolah sudah merancang untuk melakukan pembedahan di awal usia 15 tahun.

Ketaksuban wanita/remaja korea untuk kelihatan cantik
1. Cermin
Cermin bersaiz kecil akan diletakkan di atas setiap meja pelajar sekolah untuk mereka memeriksa penampilan mereka.

2. Menyimpan wang
Jika di Malaysia, kita menyimpan untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi tidak di korea, remaja perempuan menabung untuk membuat pembedahan plastik.

3. Pembedahan plastik/ plastic surgery
Fenomena pembedahan plastic, kajian menunjukkan Korea Selatan negara pertama yang paling banyak melakukan pembedahan plastik. 1 daripada 5 wanita korea telah melalui pembedahan plastik di dalam hidup mereka. Pembesaran mata dan mengecilkan bentuk muka (V-line) menjadi pilihan mereka.

Apa yang dapat Naza simpulkan, mungkin kita tidak boleh mengambil iktibar daripada budaya di korea. Tetapi kulit wanita korea cantik disebabkan faktor pemakanan mereka. Sayur sayuran menjadi lauk utama untuk setiap waktu makan. Beauty is different in each country.

Tak dapat jadi macam Song Kye hyo , tapi kita boleh cantik seperti Siti Nurhaliza.

20140422-154637.jpg

Aneka ragam fesyen 2014

Suku daripada perjalanan 2014 telah berlalu. Dalam kesamaran , apakah trend fesyen yang akan terus muncul dan mewarnai tahun 2014? Kebanyakannya dipengaruhi daripada stail yang diperagakan di pentas peragaan dan diubah agar lebih bersesuian dengan gaya jalanan atau sesuai untuk semua orang. Mari kita kupas trend fesyen yang boleh dicuba untuk tahun 2014.

1. Pretty pastels
Untuk memahami koleksi ini, bayangkan sahaja warna-warna cantik pelangi. Apa yang menarik tentang warna pastel ialah ia boleh dikombinasikan tanpa perlu kusut memikirkan adakah ia berpadanan. Hijau, biru, merah jambu atau apa sahaja yang diingini, warna pastel menjadikan ia mudah disuai padan. Biar apa pon warnanya, ia menyerlahkan sisi lembut dan gembira.

2. Wide-leg trousers
Mudah disarungkan dan tampak ultra-chic. Seluar kembang ini ternyata menjadi pilihan ramai pereka hebat di pentas peragaan untuk tahun ini. Ramai yang beranggapan seluar ini hanya sesuai untuk mereka yang tinggi lampai. Untuk mereka yang bertubuh ke kecil dan sedikit pendek, anda boleh mencari seluar yang bukannya setakat atas pinggang sebaliknya lebih tinggi. Ia akan memberikan impak bentuk badan yang lebih tinggi.

3. The shift blouse
Lebih kurang sama seperti versi tshirt, shirt blouse ini sebenarnya lebih mudah ( lebih sofistikated). Bahagian lengannya terhad pada paras siku dan mengembang bagi menampakkan lebih versatile.

Besok naza akan sambung beberapa trend lagi yang boleh dicuba untuk tahun 2014.

20140414-202738.jpg

20140414-203143.jpg

20140414-203207.jpg

TIP memilih padanan skirt

===================
TIP memilih padanan skirt
===================

Ingin tampil bergaya dengan skirt. Tips di bawah mungkin sangat sesuai untuk anda.

1. Padankan dengan tshirt atau blaus bersama skirt. Ikut kelesaan anda untuk tight in atau out. Kedua- dua gaya ini tampak lemas dan comel.

2. Boleh juga anda menggayakan dengan memakai kardigan.

3. Skirt labuh bercorak dengan potongan kembang boleh dipadankan dengan blaus polos membuatkan si pemakai tampil menawan.

4. Untuk kelihatan formal , pilih skirt yang berwarna gelap dan tidak beropol. Boleh padankan skirt anda dengan blazer.

5. Akhir sekali, untuk terapkan imej muslimah, padankan skirt dengan blaus yang menutup bahagian pinggul anda. Pastikan skirt tersebut longgar dan labuh.

InsyaAllah kita boleh pratikkan tips diatas untuk tampil bergaya dan yakin.Image